SHAH ALAM, 17 JUN: Sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Bandar Raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan pelbagai program kebajikan sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat.
Pengarah Jabatan Pembangunan Komunitinya berkata antaranya termasuk program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’, program makan percuma serta Jualan Ehsan Prihatin MBSA menenerusi beberapa siri sepanjang tahun ini.
Menurut Shahrin Ahmad, MBSA menyasarkan kumpulan termasuk penghantar makanan, pekerja industri dan pelajar pusat pengajian tinggi di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.
“Contohnya program isi petrol percuma seperti hari ini akan diteruskan untuk dua lagi siri, jom makan percuma juga berbaki dua lagi siri dan jualan ehsan prihatin MBSA empat siri lagi akan kita anjurkan.
“Program seperti inilah diadakan sekerap mungkin, yang mana kita dapat membantu komuniti khususnya di Shah Alam untuk mengurangkan beban kehidupan masyarakat,” katanya.
Beliau ditemui selepas program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ di stesen minyak Petronas di Seksyen 15 di sini yang memanfaatkan kira-kira 500 penunggang motosikal kawasan sekitar, hari ini.
Sementara itu, penghantar makanan, Mahathir Mohd Hilal, 43 berkata program kemasyarakatan seumpama itu mendekatkan MBSA dengan masyarakat sekali gus menghapuskan stigma negatif masyarakat terhadap PBT.
[caption id="attachment_706029" align="alignleft" width="500"] Mahathir Mohd Hilal, 41, ditemui dalam Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma di Stesen Minyak Petronas Seksyen 15 Shah Alam pada 17 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Terima kasih kepada MBSA kerana anjurkan program yang baik kerana boleh dekatkan penduduk di Shah Alan dengan MBSA dan hapuskan stigma negatif rakyat kepada mereka,” katanya.
Bagi Mohd Sidek Asmoin, 40, beliau mengalu-alukan program seumpama itu dan mengharapkan MBSA terus memperkasa kualiti perkhidmatan kepada rakyat sejajar dengan 25 tahun sambutan jubli perak bandar raya Shah Alam.
[caption id="attachment_706030" align="alignright" width="500"] Mohd Sidek Asmoin, 40, ditemui dalam Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma di Stesen Minyak Petronas Seksyen 15 Shah Alam pada 17 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sebelum ini, MBSA memaklumkan, sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Bandar Raya Shah Alam, MBSA turut menawarkan alat sokongan percuma kepada penduduk yang layak dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40), orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Shah Alam dinaik taraf sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 dan menjadi bandar raya pertama di Selangor menerima pengisytiharan berkenaan.
[caption id="attachment_706090" align="aligncenter" width="1236"] Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Stesen Minyak Petronas Seksyen 15 Shah Alam pada 17 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]