ad
ADN

ADN Kinrara pelawa orang ramai daftar Skim Khairat Darul Ehsan Sabtu ini

17 Jun 2025, 9:26 PM
ADN Kinrara pelawa orang ramai daftar Skim Khairat Darul Ehsan Sabtu ini

SHAH ALAM, 17 JUN: Ahli Dewan Negeri Kinrara mempelawa orang ramai mendaftar Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) pada Sabtu ini bertempat di Dewan Masyarakat MBSJ TK1, Taman Kinrara (berdekatan Pasar Pagi).

Ng Sze Han menerusi Facebook memaklumkan pihaknya membuka kaunter bergerak dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari bagi memudahkan waris warga emas atau orang kurang upaya (OKU) berdaftar.

"Skim bantuan khairat kematian RM1,000 daripada Kerajaan Negeri kepada waris warga emas atau OKU berdaftar sebagai penghargaan dan tanda prihatin negeri terhadap rakyat.

"Datang ke kaunter bergerak, kakitangan dan sukarelawan akan bantu. Daftar sekarang demi memudahkan urusan waris pada masa hadapan," katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2024, Kerajaan Negeri memperuntuk RM20juta untuk menjayakan KDE dengan sasaran 20,000 penerima.

Sebelum ini, pembayaran khairat kematian menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pernah dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021 dengan peruntukan RM7.5 juta dan bantuan RM500.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari memaklumkan lebih 25,000 individu setakat ini disahkan layak menerima pampasan RM1,000 terdiri daripada peserta berdaftar bawah SMUE, Iltizam Selangor Sihat dan Skim Insurans Am Selangor yang secara automatik layak menerima manfaat tersebut.

Skim yang dibuka bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2025 itu juga boleh dimohon di https://kde.yawas.com.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.