ad
AGENDA

MPM: Keputusan STPM 2024 diumum 24 Jun ini

17 Jun 2025, 5:56 PM
MPM: Keputusan STPM 2024 diumum 24 Jun ini

PUTRAJAYA, 17 JUN: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan 24 Jun ini, menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM memaklumkan seramai 41,434 calon menduduki peperiksaan STPM 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 22,852 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Menurut MPM, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui dua kaedah, iaitu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: STPM [jarak] No. Kad Pengenalan [jarak] Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan.

“Sistem ini akan diaktifkan bermula 11 pagi pada 24 Jun sehingga 12 tengah hari 4 Julai,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula 11.30 pagi pada 24 Jun.

MPM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2024.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.