AGENDA

Malaysia perlu sesuaikan dasar jadi ekonomi berpendapatan tinggi

17 Jun 2025, 1:02 PM
Malaysia perlu sesuaikan dasar jadi ekonomi berpendapatan tinggi

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Malaysia perlu menyesuaikan dasarnya, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerangka Ekonomi Madani mencerminkan visi negara untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dan menggambarkan komitmen dua hala.

“Pertama, dasar perindustrian perlu dimodenkan, menumpukan kepada daya saing sektoral, transformasi digital, pertumbuhan hijau dan peningkatan rantaian nilai.

“Kedua, manfaat daripada pengembangan ekonomi perlu menyeluruh terutamanya bagi segmen masyarakat rentan dan kurang mendapat perhatian,” kata beliau dalam ucaptama di Simposium Sasana 2025 di sini hari ini.

Menurut Anwar agenda reformasi Madani mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara memandangkan negara mengutamakan lima bidang kritikal iaitu kemampanan dan tadbir urus fiskal, rasionalisasi subsidi, pembaharuan cukai, peningkatan modal insan dan integriti institusi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.