ad
AGENDA

Semakan pengambilan pelatih PLKN 3.0 dibuka 10 pagi esok

16 Jun 2025, 8:54 PM
Semakan pengambilan pelatih PLKN 3.0 dibuka 10 pagi esok

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 dibuka bermula 10 pagi esok.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang atau pautan sistem PLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.

Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran, pelatih yang terpilih perlu memberi maklum balas kehadiran melalui pautan itu sehingga 11 Julai ini.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” menurut kenyataan itu.

PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula 7 September hingga 21 Oktober ini, melibatkan dua kem Askara Wataniah (AW) iaitu Regiment 515 (AW) di sini dan Regiment 505 (AW) di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, 550 pelatih terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita menyertai PLKN 3.0 Siri 2/2025, yang dijadualkan tamat 24 Jun ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.