ad
AGENSI

Kualiti Sungai Klang makin baik, projek pemulihan sejak 2022 berhasil

16 Jun 2025, 6:00 PM
Kualiti Sungai Klang makin baik, projek pemulihan sejak 2022 berhasil
Kualiti Sungai Klang makin baik, projek pemulihan sejak 2022 berhasil
Kualiti Sungai Klang makin baik, projek pemulihan sejak 2022 berhasil
Kualiti Sungai Klang makin baik, projek pemulihan sejak 2022 berhasil

SHAH ALAM, 16 JUN: Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di Kelas 5 kini mencapai Kelas 3 hasil pelaksanaan projek Zon Pembangunan Ekonomi (ZPE) dan Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin berkata projek pemulihan membabitkan kerja pembersihan, mendalam dan melebar Sungai Klang sejak 2022 mula menunjukkan hasil.

[caption id="attachment_705889" align="alignleft" width="392"] Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin[/caption]

“Sungai Klang mempunyai 25 kawasan industri di sepanjang lembangan, termasuk 13 lagi sungai-sungai kecil, dan ini tidak mudah kerana banyak faktor manusia yang akan menjejaskan sungai.

“Kita sasarkan 80 peratus daripada 365 hari selepas ini, Sungai Klang akan kekal berada pada Kelas 3 dan ke atas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai lawatan tapak projek mitigasi banjir ZPE-SMG bersama pengamal media di sepanjang 15 kilometer (km) kawasan Sungai Klang di sini, hari ini.

Untuk rekod, terdapat lima kelas sungai di Malaysia, dan hanya sungai yang dikategorikan dalam Kelas 1 hingga Kelas 3 dibenarkan untuk dijadikan sumber air minuman.

[caption id="attachment_705890" align="alignnone" width="851"] Pihak pengurusan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut bersama melawat kapal penggorek (dredger) ketika lawatan tapak projek mitigasi banjir Selangor Maritime Gateway (SMG) bersama media di Kota Kemuning, Shah Alam pada 16 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Syaiful berkata projek pemulihan Sungai Klang kini sedang dilaksana di Blok 1 dan Blok 3 membabitkan kawasan Padang Jawa, Shah Alam, Puchong, muara Sungai Klang serta Bandar Sultan Suleiman.

Sejak pelaksanaan projek pada November 2022, katanya, sebanyak 918,936.7 meter padu hasil dikeluarkan dari dasar sungai, sekali gus meningkatkan kapasiti aliran Sungai Klang sebanyak 18 peratus.

“Pelebaran sungai dijangka mencapai lebar antara 80 hingga 100 meter, berbanding lebar asal sekitar 50 hingga 60 meter, bergantung kepada lokasi, manakala sasaran peningkatan kapasiti Sungai Klang adalah sehingga 40 peratus,” katanya.

[caption id="attachment_705891" align="alignnone" width="796"] Aktiviti mendalamkan sungai klang menggunakan jentera pengorek ketika lawatan tapak projek mitigasi banjir Selangor Maritime Gateway (SMG) bersama media di Kota Kemuning, Shah Alam pada 16 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Projek pemuliharaan Sungai Klang terdiri daripada tiga komponen kejuruteraan utama iaitu reka bentuk (analisis hidrologi dan hidraulik, kerja pembaikan tebing dan perlindungan cerun, termasuk keperluan benteng banjir), pembinaan dan penyelenggaraan susulan.

Projek sepanjang 56km menerusi empat blok utama itu dilaksanakan di semua kawasan titik panas banjir bermula dari Mid Valley di Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang.

Pada 2018, Kerajaan Negeri melancarkan projek ZPE-SMG kendalian LLSB sebagai inisiatif untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang tercemar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.