ad
SELANGOR

Hujan lebat diramal landa enam daerah Selangor hingga 8 malam ini

15 Jun 2025, 6:25 PM
Hujan lebat diramal landa enam daerah Selangor hingga 8 malam ini
Hujan lebat diramal landa enam daerah Selangor hingga 8 malam ini

SHAH ALAM, 15 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 8 malam ini.

Cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, seluruh Perlis, Perak selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.