ad
AGENDA

Kisah di sebalik skandal 1MDB dibukukan bekas ketua audit

15 Jun 2025, 10:30 AM
Kisah di sebalik skandal 1MDB dibukukan bekas ketua audit
Kisah di sebalik skandal 1MDB dibukukan bekas ketua audit

KLANG, 15 JUN: Buku “Auditing the 1MDB” yang menceritakan siasatan skandal 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) oleh bekas ketua audit negara dilancarkan dan pratempahan mula dibuka semalam.

Tan Sri Ambrin Buang berkata buku itu mengandungi pendedahan eksklusif dan pengalaman langsung beliau dalam menyiasat skandal terbesar kewangan negara melalui audit hingga terpaksa berdepan tekanan dan manipulasi pihak tertentu.

“Buku menceritakan pengalaman mencabar ketika saya mengetuai audit laporan 1MDB kemudian perlu membentang di Parlimen hingga saya turun naik mahkamah tiga tahun dipanggil jadi saksi ketika kes skandal ini dibicarakan.

“Fakta yang ramai tidak tahu, skandal 1MDB sudah mula dikesan sejak 2009, jika audit lengkap sempat dilaksana tanpa tekanan mana-mana pihak, mungkin skandal ini besar dapat dielak,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Selangor Tengku Shamsulbahri Al Haj Tengku Azman menyempurnakan prapelancaran di Kelab Diraja Klang di sini, semalam.

[caption id="attachment_705698" align="alignnone" width="952"] Tan Sri Ambrin Buang ditemui media ketika prapelancaran buku “Auditing The 1MDB” ketika majlis penerimaan watikah Penaung Humanology Sdn Bhd dan prapelancaran buku di Kelab Diraja Klang pada 14 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Menurut Ambrin lagi, walaupun buku itu memfokus liku-liku yang dihadapi dalam ketika mengetuai pengauditan mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia itu, ia turut menjadi panduan baik buat setiap juruaudit sama ada di sektor awam atau swasta.

“Saya mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan tulisan buku ini namun sebelum itu perlu mengumpul data tetapi prosesnya bukan mudah kerana telah bersara (ketua audit negara),” ujarnya.

Orang ramai boleh membuat pratempahan buku bernilai RM100 tersebut melalui pautan https://forms.gle/4styWp6JAdBiLuVb6 atau hubungi talian 016-6766755.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.