SHAH ALAM, 14 JUN: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melepaskan ribuan peserta Selangor Half Marathon 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, awal pagi tadi.
Beliau yang tiba sekitar 2.45 pagi melepaskan peserta perlumbaan larian 21km diiringi EXCO Sukan Najwan Halimi dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.
Turut serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor Azura Sarbin, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Selangor Mohamad Nizam Marjugi dan Ahli Majlis MBSA Muhammad Shakir Ameer Mohideen.
Acara larian terbesar anjuran Kerajaan Negeri bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta membudayakan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Bertemakan "Run Selangor Forward, Together", program itu turut menonjolkan keindahan laluan ikonik sekitar Shah Alam, dengan tiga kategori larian ditawarkan iaitu 5km, 10km dan 21km.
[caption id="attachment_705682" align="aligncenter" width="812"] Peserta membuat senaman sebelum acara program Selangor Half Marathon 2025 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_705679" align="aligncenter" width="776"] Peserta menunggu pelepasan sebelum acara program Selangor Half Marathon 2025 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_705680" align="aligncenter" width="739"] Program Selangor Half Marathon 2025 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_705681" align="aligncenter" width="788"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim dan EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi ketika pelepasan acara program Selangor Half Marathon 2025 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]