PETALING JAYA, 14 JUN: Skuad ragbi 15 sebelah (15s) wanita Cobra Venom berjaya menumpaskan KL Tigers RFC dengan kutipan mata 136-5 menerusi perlawanan separuh akhir Liga MSNS-KRS 2025.
Berlangsung di Padang Astaka di sini hari ini, skuad wanita dari Selangor bimbingan jurulatih Muhammad Faiz Samsukhidir berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan strategik.
Muhammad Faiz ketika ditemui Media Selangor berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan ditampilkan pasukan itu selain sudah menjangkakan kemenangan pada peringkat separuh akhir ini.
[caption id="attachment_705661" align="aligncenter" width="685"] Aksi pasukan Cobra Venom menentang KL Tigers RFC ketika Liga MSNS-KRS 2025 di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Sememangnya kita sudah agak Cobra Venom mampu menjuarai peringkat separuh akhir memandangkan pemain semua menunjukkan aksi yang baik dan konsisten.
“Ya, saya sangat berpuas hati tetapi apapun akan cuba yang terbaik lagi untuk perlawanan akhir minggu hadapan, kita akan perbaiki apa yang patut dan menambah baik lagi supaya sasaran juara dapat dirangkul,” katanya.
Perlawanan separuh akhir itu turut menyaksikan divisyen wanita 15s antara pasukan ATM berjaya menumpaskan Sarawak Rugby 39-5.
[caption id="attachment_705662" align="aligncenter" width="689"] Pasukan Cobra Venom ketika Liga MSNS-KRS 2025 di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Selain itu, turut berlangsung perlawanan penentuan Juara Liga Divisyen 1 lelaki dimenangi Cobra Black melawan RMAF Blackhawk 33-27 dan KL Tigers RFC menentang UiTM Lion dengan skor 26-7.
Terdahulu, Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei turut hadir dan menyampaikan medal serta piala kepada pasukan yang berjaya pada perlawanan separuh akhir.
Padang Astaka, Petaling Jaya dipilih sebagai lokasi perlawanan untuk pusingan awal manakala pusingan kedua termasuk perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 12 dan 13 Julai.
[caption id="attachment_705663" align="aligncenter" width="695"] Aksi pasukan Cobra Venom menentang KL Tigers RFC ketika Liga MSNS-KRS 2025 di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 14 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]