Oleh Muhammad Haziq Roshidi
SHAH ALAM, 14 JUN: Malaysia antara lokasi persinggahan ribuan burung dari hemisfera utara yang melarikan diri dari musim sejuk setiap tahun.
Dianggarkan 300 spesies burung hijrah ke negara ini khususnya di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Antara spesies berkenaan ialah Common Hill Myna; White-rumped Munia; Crimson-winged Woodpecker; Dollarbird dan Changeable Hawk Eagle.
Spesies burung ini singgah ke Malaysia dua kali setahun iaitu dari Mei hingga Julai dan September hingga November dan 24 Mei diraikan sebagai Hari Burung Hijrah Sedunia.
Namun pembangunan pesat di kawasan pantai dan tanah lembap mengancam habitat semula jadi sekali gus menjejaskan kelangsungan spesies berkenaan.
Prihatin terhadap situasi itu, sekumpulan sukarelawan dari Nature Sustainable Ecosystem Society (NEST) tampil dalam usaha mempertahankan biodiversiti negara.
[caption id="attachment_702731" align="aligncenter" width="1177"] Helang antara ratusan spesies burung yang kelihatan di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Program ini mendidik masyarakat berhubung kepentingan memelihara dan melindungi spesies burung hijrah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Mereka melakukan tinjauan di lapangan, merekod data, serta memantau populasi burung termasuk burung hijrah.
Data yang dikumpul bukan sahaja penting untuk penyelidikan, malah menjadi rujukan bagi memahami pola migrasi dan tahap kesihatan ekosistem.
Pengerusi NEST, Sulaiman Salikan berkata, antara tugas mereka ialah melakukan soal selidik serta merekodkan data burung yang datang ke Malaysia.
“Kami bukan saja mengkaji burung hijrah malah semua jenis burung yang ada di negara ini.
“Saya berharap orang ramai menyokong dan sedar kerana jika banyak spesies burung di suatu tempat, ia menandakan tempat tersebut sihat,” katanya.
Tanpa kesedaran awam dan perlindungan habitat yang serius, Malaysia mungkin tidak lagi menjadi pilihan burung hijrah pada masa depan.
Jika tidak dibendung, ia merupakan kehilangan besar dalam kitaran semula jadi dunia.
[caption id="attachment_702599" align="aligncenter" width="1002"] Burung Pipit Tuli yang terdapat di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sementara itu Ahli NEST, Abdul Afiq Abdul Rahman berkata pembinaan dan aktiviti manusia boleh mengganggu habitat burung terutama ketika waktu kritikal.
“Apabila suatu kawasan terancam, burung yang singgah tidak mendapat sumber makanan dan boleh menyebabkan mereka perlu bekerja lebih keras mencari makanan,” katanya ketika ditemui dalam Program Mini Bird Race di TBNSA.
TBNSA bukan sahaja sebagai habitat semula jadi, tetapi juga destinasi tumpuan jurufoto dan peminat burung tempatan.
Dalam pada itu Pengarah TBNSA, Rafeah Khafidah berkata keunikan dan daya tarikan utama TBNSA adalah ketika musim burung hijrah.
“Burung hijrah ke sini dua kali setiap tahun dan penghijrahan tersebut menarik peminat dan pemerhati burung menghabiskan masa demi koleksi gambar mereka,” katanya.
[caption id="attachment_702733" align="aligncenter" width="1371"] Peserta cilik mencerap burung sempena program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Acara ini sebahagian usaha mendidik masyarakat kepentingan memelihara dan melindungi spesies burung hijrah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702605" align="aligncenter" width="1474"] Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim melepaskan peserta ketika sambutan Hari Burung Hijrah Sedunia di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702730" align="aligncenter" width="1195"] Jurugambar Citizen Scientist Zaidie Abdul Aziz membidik foto bagi melihat pelbagai spesies burung di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702734" align="aligncenter" width="1435"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian selepas merasmikan program Mini Bird Race Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702732" align="aligncenter" width="1221"] Peserta menggunakan teropong untuk mencerap pelbagai spesies burung dalam program Mini Bird Race di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_702739" align="aligncenter" width="1197"] Copsychus saularis, yang dikenali sebagai burung Murai Kampung atau Oriental Magpie-robin kelihatan dalam program Mini Bird Race di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]