ad
AGENSI

Dua 'orang kuat' media bincang cabaran bilik berita era baharu

14 Jun 2025, 12:00 PM
Dua 'orang kuat' media bincang cabaran bilik berita era baharu

SHAH ALAM, 14 JUN: Amanah, Algoritma & AI: Bilik Berita Era Baharu menjadi topik perbincangan dua 'orang kuat' media, sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025, esok.

Wacana itu menampilkan Pengarang Kanan Media Selangor Sdn Bhd, Mohamad KhairulNizam Bakeri dan Ketua Media Sosial Astro Awani & Awani International, Hilal Azmi sebagai ahli panel.

Berlangsung jam 2 hingga 3 petang di Sunway Putra Mall, dua personaliti itu akan berkongsi pandangan mengenai cabaran semasa industri kewartawanan menerusi program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

Pengunjung berpeluang memahami bagaimana media beroperasi dalam tekanan algoritma dan perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) serta impaknya terhadap prinsip amanah dan kebebasan media.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sesi yang diacarakan oleh Pengarang Media Selangor, Nabihah Hamid selain boleh diikuti secara langsung menerusi semua platform media sosial, Media Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.