ad
AGENDA

Artis didakwa terlibat amang seksual dituduh di Mahkamah Putrajaya Selasa ini

13 Jun 2025, 10:00 PM
Artis didakwa terlibat amang seksual dituduh di Mahkamah Putrajaya Selasa ini

SHAH ALAM, 13 JUN: Pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Putrajaya 17 Jun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata arahan tuduh ke atas suspek itu diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Polis Diraja Malaysia komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa, serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.