ad
AGENDA

Kertas siasatan artis didakwa lakukan amang seksual dihantar ke TPR

13 Jun 2025, 6:40 PM
Kertas siasatan artis didakwa lakukan amang seksual dihantar ke TPR

SHAH ALAM, 13 JUN: Kertas siasatan berhubung kes pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini menunggu maklum balas TPR sebelum tindakan perundangan selanjutnya diambil.

“Kertas siasatan lengkap telah dihantar dan kita tunggu untuk tindakan lanjut bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek pernah bertemu dua kali sebelum ini dalam acara atau konsert selebriti tersebut.

"Kami percaya mangsa peminat selebriti itu. Mereka saling mengenali hasil perjumpaan di beberapa venue," katanya.

Hussein berkata perbuatan amang seksual itu terbongkar selepas laporan polis dibuat ibu remaja perempuan terbabit.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.