ad
AGENDA

Selangor, Comac perkukuh kerjasama, lonjak negeri dalam rantaian industri aerongkasa

13 Jun 2025, 2:47 PM
Selangor, Comac perkukuh kerjasama, lonjak negeri dalam rantaian industri aerongkasa
Selangor, Comac perkukuh kerjasama, lonjak negeri dalam rantaian industri aerongkasa

SHAH ALAM, 13 JUN: Selangor berhasrat mengukuhkan kerjasama dengan Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) dalam usaha meletakkan negeri ini sebagai hab aeroangkasa serantau.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata antara cadangan yang dikemukakan adalah penubuhan pusat perkhidmatan Comac di Taman Aero Selangor (SAP) bagi memenuhi pasaran Asia Pasifik.

“Kami berharap untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan Comac dan membawa lebih nilai kepada pengeluar aeroangkasa tempatan,” katanya menerusi video yang dirakam di Airexpo Shanghai 2025, semalam.

[caption id="attachment_705474" align="aligncenter" width="697"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han bergambar di hadapan Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) di AirExpo Shanghai, China pada 11 Jun 2025. Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]

Sze Han yang mengetuai misi pelaburan ke Shanghai bersama Invest Selangor dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (Naico Malaysia) turut meluahkan rasa kagum melihat keupayaan dan kecekapan COMAC.

Menurutnya, dengan pertambahan trafik penumpang sebanyak tujuh peratus di Asia iaitu dua kali ganda berbanding purata global, jelas membuktikan rantau ini semakin berkembang dalam industri penerbangan.

“Inilah sebabnya penting bagi Selangor untuk bertapak kukuh dalam ekosistem yang berkembang pesat ini. Asia Pasifik akan menjadi rantau penting untuk pasaran penerbangan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

AirExpo Shanghai 2025 yang bermula selama tiga hari bermula kelmarin, mempamerkan teknologi terkini aeroangkasa selain disertai pemain industri terkemuka.

Untuk rekod, COMAC mula menghasilkan pesawat penumpang pada 2019 dalam usaha negara itu memberikan persaingan kepada pengeluar pesawat terkemuka Airbus dan Boeing.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.