ad
AGENDA

Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS

13 Jun 2025, 11:30 AM
Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS
Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS
Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS
Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS
Sidec lancar Retail-X, tawar ganjaran sehingga RM300,000 kepada PKS

PUCHONG, 13 JUN: Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) hari ini melancarkan Retail-X 2025, edisi terbaharu program pemecut utama negeri yang menawarkan ganjaran dan sokongan bernilai sehingga RM300,000 kepada syarikat PKS runcit B2C yang berpotensi tinggi di Malaysia.

Permohonan kini dibuka sehingga 27 Jun 2025, dan program selama 12 minggu ini disasarkan kepada 30 syarikat dalam lima sektor utama: Fesyen & Gaya Hidup, Kesihatan, Kecantikan & Kesejahteraan, Makanan & Minuman, Kediaman & Peralatan Rumah, serta Jenama Sosial & Impak Komuniti.

Retail-X 2025 memberi tumpuan kepada transformasi digital perniagaan runcit melalui latihan intensif dalam pemasaran berasaskan AI, pengurusan inventori pintar, strategi omnisaluran, serta peningkatan pengalaman pelanggan. Para peserta juga akan mendapat bimbingan langsung daripada pakar industri termasuk wakil dari syarikat terkemuka seperti AEON, RHL Ventures, Carsome, Shopline, Signature Market, Mystartr, Ata Plus, F&N dan The Lego Group.

Kemuncak program ini ialah Final Demo Day, di mana 20 peserta terbaik akan membentangkan idea dan model perniagaan mereka di hadapan pelabur, pemimpin industri dan rakan strategik. 10 peserta terbaik akan dipilih sebagai pemenang, dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM50,000, termasuk wang tunai, trofi, peluang pelaburan dan lawatan inovasi eksklusif.

Untuk melayakkan diri, syarikat perlu:

● Didaftarkan di Malaysia dan diterajui oleh pengasas atau pengasas bersama;

● Tidak melebihi 7 tahun penubuhan;

● Menjana Nilai Barangan Kasar (GMV) tahunan antara RM1 juta hingga RM10 juta;

● Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun rekod kewangan bertaudit;

● Komited untuk menyertai keseluruhan program dari Julai hingga September 2025.

Retail-X, yang dahulunya dikenali sebagai ECX, merupakan antara inisiatif strategik Sidec dalam menjadikan Selangor sebagai peneraju ekonomi digital di Asia Tenggara. Ia turut melengkapkan program lain seperti Selangor Deep Tech Xccelerator (Deep-X) dan Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards.

Usahawan yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini dengan mengemukakan permohonan di www.sidec.com.my/retail-x. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Firman di talian +60 19-352 4921.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.