ad
BERITA UTAMA

Cegah penyakit tidak berjangkit, Selangor tumpu saringan awal

13 Jun 2025, 8:00 AM
Cegah penyakit tidak berjangkit, Selangor tumpu saringan awal
Cegah penyakit tidak berjangkit, Selangor tumpu saringan awal

SHAH ALAM, 13 JUN: Pendekatan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) menerusi saringan awal antara keutamaan dasar dan inisiatif kesihatan di Selangor, kata EXCO kesihatan.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, usaha itu seiring peningkatan kes penyakit barah tahap tiga dan empat, mencecah 64.1 peratus antara 2017 hingga 2021, berbanding 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

“Trend peningkatan ini amat membimbangkan kerana pengesanan lewat bukan sahaja mengurangkan peluang untuk sembuh, tetapi turut meningkatkan kos rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pelancaran Laporan Impak 10 Tahun My Starfish Foundation dan pengumuman kempen Bald & Beautiful Day 2025 di sini, baru-baru ini.

[caption id="attachment_701521" align="aligncenter" width="813"] Orang ramai hadir program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring peringkat DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tambahnya, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa program proaktif berteraskan pencegahan awal seperti Selangor Saring, iaitu saringan kesihatan percuma bagi penyakit tidak berjangkit.

Turut dilaksanakan, katanya, Bantuan Sihat Selangor - inisiatif untuk kos rawatan, peralatan dan ubat kepada pesakit barah serta Iltizam Selangor Sihat bagi rawatan asas dan suntikan vaksin.

“Keutamaan kita pencegahan penyakit, bukan semata-mata rawatan untuk memastikan rakyat Selangor menerima akses saringan berkualiti dan kesedaran awal yang mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Sementara itu, Jamaliah memuji peranan My Starfish Foundation sebagai rakan masyarakat yang giat memperjuangkan kesedaran kesihatan dan sokongan kepada pesakit barah melalui pelbagai inisiatif.

Katanya, merjasama antara sektor awam dan komuniti amat penting dalam membina sistem sokongan yang menyeluruh dan penuh empati.

Kempen Bald & Beautiful Day 2025 akan berlangsung pada 28 September depan di pusat beli-belah Elmina Lakeside dengan tema “Empower Hope, Here for Cancer!”.

Acara tahunan itu merangkumi larian amal, aktiviti kesihatan, sesi mencukur kepala sebagai acara simbolik yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana inklusif dan penuh inspirasi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.