ad
AGENDA

Letupan kalsium karbida rosakkan enam kereta, kedai buah

12 Jun 2025, 8:57 PM
Letupan kalsium karbida rosakkan enam kereta, kedai buah
Letupan kalsium karbida rosakkan enam kereta, kedai buah

SHAH ALAM, 12 JUN: Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang sebelum sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku letupan di bahagian belakang premis berkeluasan 7,000 kaki persegi itu.

[caption id="attachment_705417" align="aligncenter" width="1073"] Keadaan kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian pada 12 Jun 2025. Foto JBPM Selangor[/caption]

"Letupan berkenaan turut menyebabkan struktur dinding pejabat di dalam premis berkeluasan 900 kaki persegi runtuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, impak letupan juga mengakibatkan enam kenderaan yang diletakkan berhampiran mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.