ad
PBT

MPS belanja RM450,000 naik taraf gelanggang bola keranjang, bina gim luar

12 Jun 2025, 3:10 PM
MPS belanja RM450,000 naik taraf gelanggang bola keranjang, bina gim luar
MPS belanja RM450,000 naik taraf gelanggang bola keranjang, bina gim luar

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

GOMBAK, 12 Jun: Penduduk Selayang Jaya bakal menikmati kemudahan riadah lebih selesa apabila gelanggang bola keranjang di kawasan itu dinaik taraf dengan pembinaan bumbung menggunakan dana RM450,000 sumbangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 12 U Chin Ong berkata projek naik taraf di Padang Selayang Jaya turut melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki dan gimnasium luar sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam komuniti.

“Ini projek pertama MPS tahun ini hasil kelulusan permohonan kepada KPKT. Selain gelanggang, kita juga akan bina laluan pejalan kaki dan gimnasium luar bagi menyokong gaya hidup sihat,” katanya.

[caption id="attachment_705359" align="aligncenter" width="707"] Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 12 U Chin Ong (kiri) meninjau tapak sambil mendengar penerangan kontraktor mengenai projek gelanggang bola keranjang berbumbung, laluan pejalan kaki dan gimnasium luar di Padang Selayang Jaya, Gombak pada 12 Jun 2025. Foto MUHAMMAD HAZIQ/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas lawatan tapak hari ini, Chin Ong memberitahu kerja naik taraf kemudahan sukan berkenaan dijangka bermula minggu depan dan siap sepenuhnya pada September ini.

"Diharapkan penduduk dapat menjaga kemudahan awam yang disediakan dan mengelakkan perbuatan vandalisme," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.