ad
AGENDA

Seleweng dana bina lebuh raya, SPRM ambil keterangan 'Tan Sri'

11 Jun 2025, 8:29 PM
Seleweng dana bina lebuh raya, SPRM ambil keterangan 'Tan Sri'

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, dua pegawai penyiasat daripada SPRM melaksanakan proses terbabit di kediaman Tan Sri berkenaan yang terletak di ibu negara.

Selain itu, sumber memaklumkan SPRM turut melakukan serbuan di kediaman Tan Sri berkenaan di Melaka, namun tiada sebarang rampasan atau sitaan.

Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan daripada Tan Sri terbabit selepas beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.