ad
AGENDA

Menteri: Pinjaman PTPTN penuntut UPSI terbabit nahas bas dibatalkan

11 Jun 2025, 8:15 PM
Menteri: Pinjaman PTPTN penuntut UPSI terbabit nahas bas dibatalkan

PUTRAJAYA, 11 JUN: Tiga belas daripada 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak dikenal pasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau dalam hantaran Facebook hari ini memaklumkan kesemua 13 penuntut itu mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN.

"Selain itu, kesemua 13 waris mereka juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 bagi setiap pelajar," katanya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Kemalangan turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.