ad
ADN

Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman

11 Jun 2025, 4:17 PM
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman
Penduduk serah memorandum, desak MBDK tolak bina memorial dekat masjid, kediaman

KLANG, 11 JUN: Penduduk Kampung Raja Uda hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi membantah pembinaan sebuah memorial empat tingkat yang didakwa menjejaskan keharmonian dan keselamatan komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri menegaskan bantahan itu tidak berunsur politik atau keagamaan, sebaliknya membabitkan sensitiviti lokasi kerana terlalu hampir dengan Masjid Kampung Raja Uda dan kediaman.

[caption id="attachment_705213" align="aligncenter" width="784"] Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum bantahan rasmi berhubung cadangan pembinaan bangunan memorial setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 11 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Tapak cadangan terletak dalam kawasan zon kediaman dan perniagaan terhad. Jika projek diteruskan, kerja cerucuk dan penggunaan jentera berat boleh menyebabkan keretakan struktur rumah.

"Kita tidak menghalang pembangunan pemilik tanah tetapi mereka perlu mengikut undang-undang. Saya mewakili penduduk mendesak MBDK menolak cadangan pembinaan bangunan memorial ini," katanya ditemui di ibu pejabat MBDK.

Beliau berkata semua kaum termasuk bukan Islam membantah pembinaan tersebut kerana ia berisiko mencetus ketegangan selain menjejaskan nilai sejarah kampung yang wujud sejak 1953 dan dinamakan sempena Menteri Besar Selangor pertama, Tun Dr Raja Uda.

[caption id="attachment_705211" align="aligncenter" width="811"] Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bersama penduduk menyerahkan memorandum bantahan rasmi berhubung cadangan pembinaan bangunan memorial setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda kepada Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 11 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, media melaporkan majoriti penduduk menolak projek yang membabitkan Lot 82022 dan beberapa lot bersebelahan kerana terlalu hampir dengan masjid serta kawasan perumahan.

Penduduk tetap, Datuk Zainuri Zainal berkata komuniti di kampung itu hidup dalam suasana harmoni dan pembangunan seperti itu tidak sesuai di lokasi berkenaan.

[caption id="attachment_705216" align="aligncenter" width="809"] Penduduk Kampung Raja Uda Datuk Zainuri Zainal[/caption]

“Cadangan pemilik tanah tidak sesuai dan sebab itu kami membantahnya. MBDK perlu menilainya kerana tidak mahu timbul masalah melibatkan pelbagai kaum.

“Bukan itu sahaja, aliran trafik di situ juga tidak sesuai kerana menimbulkan kesesakan selain jalan raya sempit,” katanya.

Nazir Masjid Kampung Raja Uda Ismail Arsat pula berkata MBDK wajar menolak permohonan kerana tanah berkenaan telah dizonkan untuk kediaman serta perniagaan berskala kecil.

[caption id="attachment_705212" align="aligncenter" width="767"] Nazir Masjid Kampung Raja Uda Ismail Arsat[/caption]

“Banyak faktor yang membolehkan MBDK menolak terutama tanah yang dizonkan sebagai kediaman dan perniagaan terhad.

“Rumah saya di berhampiran sini dan penduduknya pelbagai kaum… mereka juga membantah pembinaan bangunan memorial ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Zainal Abidin Alang Ahmad memaklumkan penduduk sedia berbincang dengan pemilik tanah bagi menjelaskan sebab bantahan.

[caption id="attachment_705215" align="aligncenter" width="809"] Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Zainal Abidin Alang Ahmad[/caption]

“Lebih 80 peratus penduduk di sini berbangsa Melayu dan majoriti terkejut apabila notis bantahan dikeluarkan. Ratusan memorandum sudah dihantar kepada MBDK,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.