ad
AGENDA

Lokasi perasmian, penutup SUKMA Selangor 2026 termasuk jenis acara diumum Ogos

10 Jun 2025, 10:00 PM
Lokasi perasmian, penutup SUKMA Selangor 2026 termasuk jenis acara diumum Ogos

SHAH ALAM, 10 JUN: Lokasi majlis perasmian dan penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 akan diumum pada Ogos depan.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan lokasi dan perkara tersebut perlu diteliti sebelum dimuktamadkan.

“Garis masa pengumuman mengikut setahun sebelum kejohanan, jangkaan saya pada pertengahan Ogos sebelum Hari Kebangsaan selepas penelitian dibuat.

“Turut akan diumum nanti adalah tema dan jenis sukan ditawarkan untuk dipertandingkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024.

Pada masa sama, Amirudin mengakui Selangor mempunyai kelebihan selaku tuan rumah pada temasya dwitahunan itu dan negeri sedang mempersiapkan atletnya pada tahap terbaik.

“Bersaing di tempat sendiri akan memberikan peluang lebih besar kerana sebahagian lokasi itu menjadi tempat atlet menjalani latihan dan menyertai kejohanan.

“Sepanjang 23 tahun, Majlis Sukan-Sukan Selangor telah menjadi gedung pengeluar atlet yang konsisten dan ampuh. Selain pembangunan, kita juga akan tawarkan kategori sukan yang terbaik untuk kejayan pada SUKMA 2026,” katanya lagi.

Pada 18 Julai lalu, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia memutuskan Selangor bakal menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026.

Ia selepas tawaran dibuat Selangor untuk menggantikan Majlis Sukan Negara (MSN) yang sepatutnya menjadi penganjur berdasarkan sistem giliran tuan rumah SUKMA yang ditetapkan secara berselang-seli.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah SUKMA ialah pada 1998 dan muncul juara keseluruhan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.