ad
AGENDA

Wai Ching, Nor Farah Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor 2024

10 Jun 2025, 6:28 PM
Wai Ching, Nor Farah Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor 2024
Wai Ching, Nor Farah Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor 2024
Wai Ching, Nor Farah Ain dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor 2024

SHAH ALAM, 10 JUN: Pelari menara nombor satu negara Soh Wai Ching dan pemain boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah diumumkan sebagai Olahragawan serta Olahragawati Selangor sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS) 2024.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua atlet tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari pada majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Sementara itu, anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan ASNS 2024 dimenangi atlet ping pong Tey Hong Yu dan Khew Zi Xian (akuatik) yang masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta trofi.

Anugerah jurulatih terbaik bagi kategori lelaki pula disandang Mohd Ariffin Abd Ghani dari boling padang manakala Marilyn Chua Yu Ching (akuatik) merangkul bagi kategori wanita yang menerima insentif kemenangan RM5,000.

[caption id="attachment_705070" align="aligncenter" width="704"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah tokoh kepimpinan sukan kepada Dato' Setia Haris Kasim ketika majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 10 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan bagi menghargai jasa dalam pembangunan sukan negeri turut diberikan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim.

Pasukan Selangor Red Giants meraih Anugerah Pasukan Terbaik dengan membawa pulang RM10,000 bersama trofi.

Anugerah Juri turut diberikan kepada Majlis Sukan Sekolah Selangor dan Pengasas Bersama Selangor Red Giants Simon Lim Swee Teck dengan masing-masing meraih wang tunai RM5,000.

Dalam pada itu, Amirudin berkata anugerah merupakan pengiktirafan kepada atlet dan institusi sukan yang telah menunjukkan komitmen dan pencapaian sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Kita juga sangat berbangga Olahragawati Selangor (Farah Ain) merupakan Olaharagawati Kebangsaan yang telah diumumkan dalam Anugerah Majlis sukan Negara baru-baru ini.

“Di peringkat olahragawan, pencapaian yang telah dikecapi oleh Wai Ching tidak dapat ditandingi kerana beliau telah memenangi banyak kejohanan namun saya percaya ia juga memberi motivasi kepada sukan lain untuk meningkatkan prestasi,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis.

[caption id="attachment_705071" align="aligncenter" width="695"] Pasukan Selangor Red Giants (E-Sport) ketika majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 10 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.