ad
AGENSI

Hijrah Selangor sumbang daging korban, santuni komuniti setempat

10 Jun 2025, 6:16 PM
Hijrah Selangor sumbang daging korban, santuni komuniti setempat

Oleh Dewi Abdul Rahman

SABAK BERNAM, 10 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menyantuni komuniti setempat dengan menyampaikan sumbangan daging korban kepada 69 individu di Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) Dato' Mearia Hamzah berkata program tersebut adalah siri keempat daripada 10 siri sekali gus memperkukuh hubungan dengan komuniti di serata negeri.

"Seramai sembilan usahawan asnaf Hijrah Selangor menerima bahagian daging korban beserta sumbangan bakul makanan asas. Turut menerima sumbangan adalah 60 asnaf terdiri kariah Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani, serta komuniti setempat.

"Bertemakan Komuniti di Hati, Aidiladha Diberkati, program penyembelihan lembu dan kambing ini melibatkan 50 kakitangan Hijrah Selangor yang bergotong-royong bersama komuniti setempat.

"Inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan sokongan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ini bertujuan memperkukuh hubungan sosial sambil membantu golongan asnaf mencapai kehidupan yang lebih baik," katanya.

Program tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Saipolyazan M. Yusop

Agihan daging korban dan bakul makanan adalah sebahagian program sempena sambutan 10 Tahun Kecemerlangan Hijrah Selangor yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.