SHAH ALAM, 10 JUN: Karnival Jelajah Jobcare Selangor akan diteruskan di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 21 Jun depan.
Program yang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang turut menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).
Calon yang berminat boleh mendaftar di pautan ini dan dikehendaki berpakaian kemas serta membawa salinan resume serta sijil berkaitan semasa hari temu duga.
Selepas ini, Jelajah Jobcare Selangor akan diteruskan di Hulu Selangor (5 Julai – Dewan Merdeka KKB), Hulu Langat (19 Julai – Dewan Perbandaran MPAJ) dan Klang (27 September – Dewan Hamzah).
Program diteruskan di Kuala Selangor (9 Ogos – Dewan MPKS Puncak Alam), Sabak Bernam (11 Oktober – Dewan Tun Razak), dan daerah terakhir Sepang (15 November – Dewan Komuniti BBST).