ad
BERITA UTAMA

Jalani saringan kesihatan percuma di Kuala Selangor Sabtu ini

10 Jun 2025, 12:00 PM
Jalani saringan kesihatan percuma di Kuala Selangor Sabtu ini
Jalani saringan kesihatan percuma di Kuala Selangor Sabtu ini

SHAH ALAM, 6 JUN: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang Jun.

EXCO kesihatan di Facebook mempelawa orang ramai menghadiri Selangor Saring peringkat DUN Permatang di Dewan Haji Omar Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Sabtu ini.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, program itu menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi.

Orang ramai yang berminat menyertai program tersebut digalakkan mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Berikut tarikh dan lokasi Selangor Saring bagi Jun:

 

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember tahun lepas, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.