SHAH ALAM, 9 JUN: Pengguna aplikasi CEPat kini boleh log masuk dengan lebih mudah menggunakan nombor telefon bermula 6 Jun lalu.
Bagi menggunakan ciri baharu ini, pengguna diminta mengemas kini aplikasi mereka kepada versi terkini melalui App Store atau Google Play Store.
Selepas kemas kini dibuat, pengguna perlu menyemak dan mengemas kini maklumat peribadi dalam aplikasi, termasuk membuat pengesahan nombor telefon bimbit.
Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan data serta pengesahan identiti pengguna berjalan lancar.
CEPat merupakan aplikasi yang memudahkan urusan perkhidmatan kerajaan Negeri Selangor secara digital, termasuk semakan cukai, aduan awam dan pelbagai perkhidmatan lain.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh merujuk kepada laman rasmi aplikasi CEPat atau menghubungi pusat bantuan yang disediakan.