PBT

MPAJ tawar suntikan vaksin influenza percuma

9 Jun 2025, 3:47 PM
MPAJ tawar suntikan vaksin influenza percuma
MPAJ tawar suntikan vaksin influenza percuma

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan vaksin influenza percuma kepada warga emas yang berkelayakan pada 20 Jun ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan individu yang ingin menerima suntikan tersebut boleh hadir ke Klinik MPAJ bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Lindungi diri, warga emas dan pesakit kronik lebih berisiko. Ambil langkah pencegahan dengan vaksinasi adalah perlindungan terbaik,” katanya.

Antara kriteria kelayakan adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit seperti kencing manis, jantung, tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Klinik MPAJ menerusi talian 03-9212 7882.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.