ad
AGENSI

Nahas bas: MB ucap takziah, pantau jika libat siswa Selangor

9 Jun 2025, 11:46 AM
Nahas bas: MB ucap takziah, pantau jika libat siswa Selangor

SHAH ALAM, 9 JUN: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.

Menerusi Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri memantau keadaan semasa jika nahas yang mengorbankan 15 pelajar melibatkan mahasiswa dari Selangor.

“Menerima khabar duka tragedi kemalangan melibatkan mahasiswa UPSI. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan Negeri sedang memantau keadaan semasa terutama sekiranya ada mahasiswa negeri yang terlibat dalam tragedi ini,” jelasnya.

Awal pagi tadi, dilaporkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik menyebabkan bas berkenaan terbalik.

Difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Gerik untuk bedah siasat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.