ad
AGENDA

Lebih 5,000 sukarelawan bantu khidmat kesihatan sepanjang musim haji

9 Jun 2025, 8:00 AM
Lebih 5,000 sukarelawan bantu khidmat kesihatan sepanjang musim haji

MINA, 9 JUN: Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan bahawa lebih 5,000 sukarelawan kesihatan telah menyertai musim haji tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada jemaah.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), inisiatif ini selaras dengan objektif Program Transformasi Sektor Kesihatan dan Program Pengalaman Jemaah, dua komponen utama dalam Wawasan 2030 Arab Saudi yang bertujuan meningkatkan penyertaan sukarelawan serta memperkukuh peranan mereka dalam memberikan khidmat kepada jemaah.

Kementerian menjelaskan bahawa para sukarelawan telah menyokong perkhidmatan kesihatan dalam tiga bidang utama, iaitu pencegahan, rawatan dan perkhidmatan sokongan.

Khidmat mereka merangkumi pelbagai lokasi di kawasan suci termasuk Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah, selain penglibatan aktif di hospital serta pusat kesihatan.

-BERNAMA-SPA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.