ad
AGENSI

Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK

8 Jun 2025, 8:00 PM
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK
Projek memorial undang keresahan, penduduk desak tindakan segera MBDK

KLANG, 8 JUN: Penduduk Kampung Raja Uda di sini mendesak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang memberi maklum balas segera berhubung bantahan mereka terhadap cadangan pembinaan sebuah memorial di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.

Wakil penduduk, Mohd Bazeireen Baharuddin, 50, berkata bantahan telah dikemukakan secara bertulis dan dalam talian oleh individu, penduduk serta badan bukan kerajaan, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.

[caption id="attachment_704798" align="aligncenter" width="813"] Wakil penduduk Mohd Bazeireen Baharuddin, 50,[/caption]

“Sebagai anak jati di sini, saya membantah sepenuhnya pembinaan memorial ini kerana ia tidak sesuai didirikan di kawasan majoriti Melayu, selain bakal menimbulkan kesesakan dan terletak di tanah yang dizonkan untuk perumahan,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan majoriti penduduk membantah projek membabitkan Lot 82022, PT 3243 (Lot 29148), PT 3244 (Lot 29146) dan PT 3245 (Lot 29147) yang terletak berhampiran masjid kampung tersebut..

Sementara itu, Nazir Masjid Kampung Raja Uda Ismail Arsat, 72, turut menyuarakan kebimbangan memandangkan tapak cadangan hanya kurang 50 meter dari masjid.

[caption id="attachment_704797" align="aligncenter" width="811"] Nazir Masjid Kampung Raja Uda Ismail Arsat, 72,[/caption]

“Tapak itu berada dalam kawasan yang 85 peratus penduduknya Melayu beragama Islam. Tambahan pula, tanah itu dizonkan untuk perumahan dan bukan aktiviti perniagaan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan tiada sebarang sesi libat urus diadakan bersama penduduk setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Raja Uda Azhar Ibrahim, 61, memaklumkan penduduk akan menghantar memorandum kepada pihak istana sekiranya tiada maklum balas daripada MBDK atau pejabat tanah menjelang 12 Jun.

[caption id="attachment_704796" align="aligncenter" width="812"] Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Raja Uda Azhar Ibrahim, 61,[/caption]

“Kita telah buat bantahan sebagai tanda solidariti penduduk. Jika masih tiada tindakan, satu lagi bantahan akan diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada pihak istana,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri memaklumkan beliau akan membawa isu itu ke perhatian MBDK dan agensi teknikal berkaitan.

[caption id="attachment_704799" align="aligncenter" width="811"] Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri mengulas isu bantahan penduduk Kampung Raja Uda berhubung cadangan pembinaan bangunan memorial setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 8 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya difahamkan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC). Tapak cadangan terletak di kawasan zon perumahan dengan perniagaan terhad dan tidak membenarkan pembinaan memorial,” katanya.

Azmizam turut menegaskan, meskipun kawasan itu bukan di bawah DUN beliau, tetapi sebagai anak jati Pelabuhan Klan beliau akan terus membantu penduduk demi menjaga sensitiviti dan keharmonian komuniti setempat.

[caption id="attachment_704801" align="aligncenter" width="1011"] Penduduk menunjukkan tapak cadangan pembinaan bangunan memorial setinggi empat tingkat bersebelahan Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 8 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.