ad
PBT

MPAJ: Dua lokasi khas warga asing laksana ibadah korban, kebersihan dipantau

8 Jun 2025, 4:38 PM
MPAJ: Dua lokasi khas warga asing laksana ibadah korban, kebersihan dipantau
MPAJ: Dua lokasi khas warga asing laksana ibadah korban, kebersihan dipantau

SHAH ALAM, 8 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan dua lokasi khas bagi warga asing melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha.

MPAJ memaklumkan menerusi Facebook, dua lokasi itu adalah di Taman Melur dan kawasan lapang bersebelahan Surau Nurul Huda, Seri Mayang di Pandan Indah.

“MPAJ menyediakan bantuan kemudahan di kedua-dua tapak termasuk penyediaan lubang, air dan tangki khas bagi pengurusan penyembelihan dan kebersihan persekitaran bagi menyokong kelancaran program,” katanya.

Semalam, Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari hadir bersama wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan garis panduan pelaksanaan program ibadah korban dipatuhi.

Menurut MPAJ, 120 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan di kedua-dua lokasi, dengan 49 ekor lembu serta dua kambing di Taman Melur, manakala bakinya di Seri Mayang.

Jelas MPAJ, pihaknya komited untuk terus memastikan pelaksanaan ibadah korban berjalan teratur, bersih dan mematuhi piawaian kesihatan awam serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

“Program ini turut mendapat bantuan dan pandangan dalam aspek teknikal daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,” katanya.

[caption id="attachment_704753" align="aligncenter" width="1032"] Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari (kiri) bersama wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) hadir di dua lokasi khas yang disediakan MPAJ di Pandan Indah pada 7 Jun 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.