ad
BERITA UTAMA

40 surau, masjid DUN Seri Setia laksana ibadah korban, RM40,000 diperuntuk

8 Jun 2025, 1:22 PM
40 surau, masjid DUN Seri Setia laksana ibadah korban, RM40,000 diperuntuk
40 surau, masjid DUN Seri Setia laksana ibadah korban, RM40,000 diperuntuk
40 surau, masjid DUN Seri Setia laksana ibadah korban, RM40,000 diperuntuk
40 surau, masjid DUN Seri Setia laksana ibadah korban, RM40,000 diperuntuk

PETALING JAYA, 8 JUN: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia memperuntuk kira-kira RM40,000 bagi sumbangan program Aidiladha kepada masjid dan surau sekitar.

Wakil rakyatnya Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata sumbangan itu bagi membantu menjayakan aktiviti berkaitan ibadah korban di 10 masjid dan 30 surau sekitar kawasan itu.

“Antaranya program korban dan serahan daging korban kepada penduduk dan asnaf. Pusat khidmat saya ada berikan sumbangan sedikit wang untuk mereka jalankan acara.

[caption id="attachment_704765" align="alignleft" width="500"] EXCO Agama, Dr Mohammad Fahmi Ngah bercakap kepada Media Selangor selepas agihan daging korban kepada asnaf di Masjid Al-Amin, Petaling Jaya pada 8 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jadi di DUN Seri Setia, kita beri lebih kurang RM40,000 untuk surau dan masjid melaksanakan ibadah korban,” katanya ditemui selepas program agihan daging korban di Surau Al-Amin PJS 10 di sini, hari ini.

Selain itu, katanya surau dan masjid sekitar DUN Seri Setia turut menerima 10 ekor lembu dan 20 kambing sumbangan Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata bagi program sumbangan ibadah korban tahun ini, Kerajaan Selangor menyumbang 1,000 kambing dan 700 lembu kepada surau, masjid dan badan masyarakat.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, ia diteruskan bagi menggalakkan masyarakat khususnya mereka kurang berkemampuan melaksanakan ibadah itu.

[caption id="attachment_704764" align="aligncenter" width="1150"] Kariah masjid bergotong-royong mengagihkan daging korban kepada asnaf dan penduduk di Masjid Al-Amin, Petaling Jaya pada 8 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_704766" align="aligncenter" width="1089"] EXCO Agama, Dr Mohammad Fahmi Ngah menyampaikan daging korban kepada wakil kariah masjid ketika agihan daging korban kepada asnaf di Masjid Al-Amin, Petaling Jaya pada 8 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.