ad
AGENDA

PM arah larangan ke luar negara terhadap Fahmi Reza disemak

8 Jun 2025, 12:22 PM
PM arah larangan ke luar negara terhadap Fahmi Reza disemak

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan Fahmi dilarang ke luar negara selepas larangan sama turut dikeluarkan kepada beliau ke Sabah minggu lalu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.