ad
AGENDA

Mayat suami isteri insiden bot terbalik ditemukan pagi ini

8 Jun 2025, 12:04 PM
Mayat suami isteri insiden bot terbalik ditemukan pagi ini

SHAH ALAM, 8 JUN: Suami isteri terlibat dalam kejadian bot terbalik di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dekat sini kelmarin ditemukan lemas 7.45 pagi tadi.

Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Maritim Mohd Syafiq Sazali berkata mayat Gan Hon Tat, 32, dan Careen Man, 29, ditemukan di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan terapung oleh Kapal Maritim DANGA (KM DANGA) sebelum pihak bomba membantu membawa mayat ke Jeti Maritim Negeri Selangor.

“Mayat tiba di jeti pada 8.50 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami isteri berasal dari Klang Utama itu antara enam individu terbabit dalam kejadian bot terbalik pada 5 petang.

Insiden itu menyebabkan tiga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala seorang remaja selamat.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.