ad
BERITA UTAMA

MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan

7 Jun 2025, 7:00 PM
MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan
MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan
MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan
MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan
MB sertai program korban bersama komuniti strata, dekati kelompok memerlukan

GOMBAK, 7 JUN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memilih untuk melaksanakan ibadah korban Aidiladha tahun ini di kawasan perumahan strata bagi mendekati golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata pendekatan tersebut sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri yang tekad memastikan tiada kelompok yang tersisih dalam pembangunan dan bantuan termasuk komuniti strata.

[caption id="attachment_704706" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada Media Selangor selepas program Qurban Strata Gombak di Pangsapuri Selayang Sejati, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tema Aidiladha tahun ini adalah menyantuni komuniti strata, khususnya di kawasan Gombak. Sebelum ini, program korban banyak diadakan di kawasan kampung dan taman perumahan biasa.

“Namun, penduduk pangsapuri juga perlu diberi perhatian. Mereka turut berdepan cabaran tersendiri seperti isu penyelenggaraan, kemudahan asas dan keperluan sokongan sosial. Maka, pendekatan ini membolehkan kita turun padang, memahami serta membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Terdahulu Amirudin menghadiri program Qurban Strata Gombak di Pangsapuri Selayang Sejati selain beramah mesra dan makan tengahari bersama lebih 150 penduduk di sini, hari ini.

[caption id="attachment_704694" align="aligncenter" width="739"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu memotong daging korban bersama penduduk ketika program Qurban Strata Gombak di Pangsapuri Selayang Sejati, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 1 Jun lalu, Amirudin mengagihkan 103 lembu korban kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak iaitu Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Agihan melibatkan komuniti strata, Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Kampung, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab komuniti serta surau di kawasan terbabit.

[caption id="attachment_704692" align="aligncenter" width="717"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penduduk ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Selayang Sejati, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata Kerajaan Negeri memberi fokus terhadap penyelesaian isu hak milik strata dalam tempoh tiga tahun akan datang, selari dengan komitmen meningkatkan taraf hidup penghuni pangsapuri.

“Kita juga akan tambah peruntukan bagi Skim Ceria tahun depan agar lebih banyak kediaman dapat dibaik pulih. Permintaan untuk bantuan penyelenggaraan semakin meningkat dan kita mahu memastikan bantuan mencukupi,” katanya.

Skim Ceria merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu membaik pulih kerosakan harta bersama di pangsapuri kos rendah dan sederhana melalui perkongsian kos antara kerajaan dan penduduk.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7 juta bagi kerja baik pulih pangsapuri usang yang dipantau Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

[caption id="attachment_704663" align="aligncenter" width="674"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri  Datin Seri Masdiana Muhammad bergambar bersama penduduk ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Kenanga, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.