ad
AGENDA

Polis: Identiti lima sekeluarga maut nahas dikenal pasti

7 Jun 2025, 3:29 PM
Polis: Identiti lima sekeluarga maut nahas dikenal pasti

KUANTAN, 7 JUN: Identiti lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang beralamat di Ulu Kinta, Perak, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23.

Turut terkorban ialah adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, kesemua mereka beralamat di Bota, Perak.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zukri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.