ad
BERITA UTAMA

Ibadah haji menyatu ummah, didik jiwa tunduk ke hadrat Ilahi (FOTO ESEI)

7 Jun 2025, 12:00 PM

Ibadah haji, rukun Islam kelima, menyaksikan jutaan umat Islam dari serata dunia berkumpul di Tanah Suci Makkah menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa.

Dengan satu niat, satu tujuan, dan satu akidah, ibadah itu menjadi detik luar biasa merentasi sempadan bangsa, bahasa dan warna kulit.

Lebih daripada ibadah fizikal, haji adalah perjalanan rohani yang mendidik jiwa untuk sabar, ikhlas dan tunduk sepenuhnya kepada Ilahi. Ia menjadi simbol agung kesatuan Islam, mencerminkan kekuatan ummah dalam harmoni dan ketakwaan.

Sempena Aidiladha 2025, dikongsikan kompilasi foto eksklusif dari Makkah merakam wajah keinsafan, lautan manusia dalam ibadah, dan semangat pengorbanan yang menyentuh hati.

Moga Aidiladha tahun ini menyemarak semangat penyatuan dan mengerat silaturahim sesama Muslim, ke arah ummah yang lebih kuat dan bersatu.

[caption id="attachment_704591" align="aligncenter" width="1047"] Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan larangan penuh terhadap jemaah haji daripada berjalan kaki dari Makkah ke Arafah serta berada di luar khemah ketika operasi masyair bagi musim haji 1446H/2025M susulan cuaca panas melampau pada 2 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704593" align="aligncenter" width="1295"] Pemandangan Mina, atau lebih dikenali sebagai ‘Bandar Khemah’ terbesar di dunia, pada malam 2 Jun 2025. Terletak kira-kira lapan kilometer dari tenggara Makkah di daerah Masyair, jemaah haji berada di Mina selama tiga hari, bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, bagi menunaikan salah satu daripada wajib haji. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704594" align="aligncenter" width="1201"] Jemaah melakukan tawaf ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah, Arab Saudi pada 3 Jun 2025. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan komitmennya untuk memastikan kelancaran dan keteraturan perjalanan jemaah sepanjang musim haji tahun ini. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704595" align="aligncenter" width="1044"] Jemaah melakukan Sa'i dengan berjalan dari Bukit Safa menuju Bukit Marwah di Makkah, Arab Saudi pada 3 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704596" align="aligncenter" width="1024"] Jemaah haji mengaminkan doa selepas mendengar Khutbah Arafah bertajuk Seruan Tauhid dan Kesatuan Umat sempena Hari Wukuf pada 5 Jun 2025 yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704599" align="aligncenter" width="1153"] Pihak berkuasa menyiram air kepada jemaah untuk menyejukkan mereka dari panas terik di Makkah, Arab Saudi pada 5 Jun 2025. Padang Arafah menjadi saksi kepada kebesaran Islam apabila dibanjiri jutaan jemaah haji dari seluruh dunia yang menunaikan kemuncak ibadah haji. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704600" align="aligncenter" width="1431"] Ribuan jemaah membanjiri Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah untuk berdoa dan bermunajat pada 5 Jun 2025. Jemaah mula berkumpul di Padang Arafah sejak awal Subuh untuk menunaikan ibadah wukuf untuk bermunajat, berzikir, memohon keampunan dan membaca al-Quran. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704601" align="aligncenter" width="1059"] Jemaah berdoa dan bermunajat di Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah pada 5 Jun 2025. Padang Arafah menjadi saksi kepada kebesaran Islam apabila dibanjiri lautan jemaah haji dari seluruh dunia yang menunaikan kemuncak ibadah haji pada 5 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704602" align="aligncenter" width="1092"] Jemaah berdoa dan bermunajat di Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah pada 5 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704603" align="aligncenter" width="1187"] Jemaah haji Malaysia berdoa ketika berehat dan bermalam (bermabit) di Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanan ke Mina bagi menyempurnakan ibadah haji di Muzdalifah, Arab Saudi pada 6 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704604" align="aligncenter" width="961"] Jemaah haji berehat dan bermalam (bermabit) di Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanan ke Mina untuk menyempurnakan ibadah haji di Muzdalifah, Arab Saudi pada 6 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704605" align="aligncenter" width="923"] Jemaah berehat dan membuat persiapan di dalam khemah sebelum bergerak melontar Jamrah Kubra di Mina, Arab Saudi pada 6 Jun 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_704606" align="aligncenter" width="1159"] Jemaah haji berjalan untuk melakukan ibadah melontar yang dilaksanakan di Mina bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud yang lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat mazmumah dalam kehidupan seorang Muslim pada 6 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704607" align="aligncenter" width="992"] Jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan ibadah melontar jamrah kubra pada 10 Zulhijjah di Mina pada 6 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704608" align="aligncenter" width="1050"] Jemaah haji berjalan keluar selepas selesai menunaikan ibadah melontar Jamrah pada 6 Jun 2025. Ibadah melontar yang dilaksanakan jemaah haji di Mina bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat mazmumah dalam kehidupan seorang Muslim. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_704609" align="aligncenter" width="1105"] Wartawan Penyiaran Bernama TV, Diah Mohd Jaiz membantu Pengarang Berita, Berita Harian Adha Ghazali (kanan) bertahalul selepas selesai menunaikan ibadah melontar jamrah di Mina pada 6 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.