ad
BERITA UTAMA

Tengku Amir kongsi kepimpinan belia di Sesi Dialog Diraja London

6 Jun 2025, 5:26 PM
Tengku Amir kongsi kepimpinan belia di Sesi Dialog Diraja London
Tengku Amir kongsi kepimpinan belia di Sesi Dialog Diraja London

SHAH ALAM, 6 JUN: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengadakan Sesi Dialog Diraja bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom, Selasa lalu.

Dalam dialog disertai pelajar, profesional dan wakil kerajaan, Baginda berkongsi perjalanan kepimpinan Baginda, penubuhan Selangor Youth Community (SAY), serta visi Baginda dalam memperkasakan generasi muda Malaysia mahupun luar negara.

"Kepimpinan bukan soal jawatan, tetapi soal khidmat. Ia bermaksud mendengar, kekal merendah diri, dan menggunakan pengaruh kita untuk membina platform agar orang lain turut berjaya,” titah Baginda.

Dalam dialog bertemakan "Kepimpinan, Belia, dan Mencipta Impak" Tengku Amir turut menekankan peranan penting sokongan rentas sempadan.

“Rakyat Malaysia di luar negara boleh menjadi jambatan yang kuat — membawa pulang ilmu, rangkaian

dan idea baharu ke dalam konteks tempatan kita," titah Baginda.

[caption id="attachment_704550" align="alignnone" width="935"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ditemani Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Dato' Zakri Jaafar ketika berkenan mengadakan Sesi Dialog Diraja bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom pada 4 Jun 2025. Foto Selangor Youth Community (SAY)[/caption]

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Dato' Zakri Jaafar menyifatkan majlis tersebut sebagai lambang kekuatan dan kepelbagaian diaspora Malaysia, dengan Tuanku menjadi inspirasi kepada kepimpinan belia di peringkat global.

Sesi ini turut menyentuh refleksi peribadi Tengku Amir dalam mendekati komuniti akar umbi, pendekatan empati dalam kepimpinan, serta pengalaman akademik menerusi Oxford Fellowship yang memperkaya perspektif Baginda dalam dasar berfokuskan belia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.