ad
AGENSI

Kali kedua Selangor sertai Pertunjukan Udara Paris 16 Jun ini

5 Jun 2025, 7:17 PM
Kali kedua Selangor sertai Pertunjukan Udara Paris 16 Jun ini
Kali kedua Selangor sertai Pertunjukan Udara Paris 16 Jun ini

SEPANG, 5 JUN: Kerajaan Negeri melalui Pavilion Selangor akan menyertai Pertunjukan Udara Paris (International Paris Air Show) 2025 di Le Bourget, Paris mulai 16 hingga 22 Jun ini.

Dato’ Menteri Besar berkata penyertaan kali kedua negeri ke pameran udara bertaraf global itu menjadi ruang mempromosi produk dan mengukuhkan rantaian bekalan aeroangkasa ditawarkan Selangor.

“Selangor juga akan mempamerkan informasi berkenaan projek pembangunan Taman Aero Selangor di KLIA Aeropolis yang dilancar hari ini sebagai produk terbaharu aeroangkasa.

“Ia juga menjadi platform untuk berinteraksi dengan pemain industri dan pelabur untuk mengetahui trend pasaran terkini dalam aeroangkasa,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembangunan Taman Aero Selangor di KLIA Aeropolis yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

[caption id="attachment_704402" align="alignnone" width="809"] Menteri Pengangkutan Antony Loke Siew Fook (tengah) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Taman Aero Selangor @KLIA Aeropolis di Aero Park, Sepang pada 5 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Penyertaan Malaysia dalam Pertunjukan Udara Paris akan diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (Naico).

Matrade akan mempamerkan keupayaan 15 syarikat Malaysia yang mengkhusus dalam pembuatan aeroangkasa; penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO); integrasi sistem; perkhidmatan kejuruteraan; pendidikan; angkasa baharu; komposit; astronautik dan lain-lain.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.