ad
AGENDA

Pendakwah: Ibadah korban dalam talian perlu telus, sah menurut syarak

5 Jun 2025, 12:19 PM
Pendakwah: Ibadah korban dalam talian perlu telus, sah menurut syarak

OLEH ALIFF HAIQAL MOHAMED

SHAH ALAM, 5 JUN: Umat Islam disaran lebih berwaspada dalam memilih pakej ibadah korban yang ditawarkan secara dalam talian sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Pendakwah bebas Halim Hafidz menyeru orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu latar belakang syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan perkhidmatan tersebut bagi memastikan ibadah yang dilaksanakan sah dan diterima.

“Penting untuk orang ramai menyelidik latar belakang pihak pengendali, termasuk mengetahui siapa yang melaksanakannya, di mana lokasi penyembelihan, serta mendapatkan bukti pelaksanaan seperti rakaman video atau siaran langsung," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Bicara Semasa bertajuk 'Korban Online: Masih was-was?' terbitan Media Selangor, baru-baru ini.

Tambah Halim, kemunculan pelbagai platform korban digital sememangnya memudahkan urusan umat Islam, namun turut menimbulkan kebimbangan sekiranya tidak dikendalikan dengan amanah dan telus.

"Justeru, orang ramai disaran menyemak rekod pengalaman, testimoni serta tahap ketelusan syarikat atau NGO yang menawarkan khidmat korban sebelum membuat sebarang bayaran," katanya lagi.

Ibadah korban sempena Aidiladha kebiasaannya dilaksanakan antara 10 hingga 13 Zulhijjah setiap tahun.

Dalam tempoh itu, penyembelihan perlu memenuhi syarat sah menurut hukum syarak, termasuk niat, waktu pelaksanaan dan pemilihan haiwan yang sesuai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.