ad
AGENSI

Ratusan serbu jualan murah Aidiladha DUN Sungai Tua, 1,000 ayam laris terjual 

4 Jun 2025, 4:00 PM
Ratusan serbu jualan murah Aidiladha DUN Sungai Tua, 1,000 ayam laris terjual 
Ratusan serbu jualan murah Aidiladha DUN Sungai Tua, 1,000 ayam laris terjual 
Ratusan serbu jualan murah Aidiladha DUN Sungai Tua, 1,000 ayam laris terjual 
Ratusan serbu jualan murah Aidiladha DUN Sungai Tua, 1,000 ayam laris terjual 

GOMBAK, 4 JUN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena Aidiladha di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua hari ini mendapat sambutan luar biasa apabila 1,000 ekor ayam habis terjual hanya dalam tempoh beberapa jam.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua Shanmugam Batumalay memberitahu orang ramai mula beratur seawal 7 pagi di Dewan Terbuka Padang Awam, Batu Caves bagi mendapatkan barangan asas pada harga murah menjelang perayaan.

[caption id="attachment_704261" align="aligncenter" width="811"] Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua Shanmugam Batumalay di temui pada program Jualan Ehsan Rahmah Aidiladha DUN Sungai Tua di Dewan Terbuka Padang Awam, Batu Caves, Gombak pada 4 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Setakat 11.30 pagi, lebih 300 penduduk telah hadir, saya jangka terus meningkat dan pihak kami menyediakan 500 nombor.

“Selain ayam, produk lain yang dapat sambutan bihun, telung gandum, telur, ikan, daging dan beras yang saya melihat akan habis terjual sebelum program berakhir,” katanya ketika ditemui.

Shanmugam menambah pihaknya membuat hebahan program JER melalui kumpulan WhatsApp dalam kalangan komuniti termasuk Facebook bagi menggalak orang ramai berbelanja barangan asas pada harga murah sebelum Aidiladha.

JER mega sempena Aidiladha dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di enam lokasi sejak semalam dan hari ini.

[caption id="attachment_704258" align="aligncenter" width="808"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barang keperluan asas murah pada program Jualan Ehsan Rahmah Aidiladha DUN Sungai Tua di Dewan Terbuka Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 4 Jun 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Barangan asas ditawarkan:

  • ayam – RM12/seekor
  • daging pejal – RM10/pek
  • telur gred B – RM10/sepapan
  • ikan kembung – RM6/pek
  • minyak masak 2kg – RM10
  • beras 5kg – RM13

Produk baharu turut dijual:

  • tepung – RM2
  • sardin – RM5.50
  • bihun – RM2.50
  • biskut jagung – RM3
  • sabun cuci baju – RM16
  • lampin bayi pakai buang – RM12

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_704260" align="aligncenter" width="901"] Minyak masak antara barangan asas yang dijual pada Program Jualan Ehsan Rahmah Aidiladha DUN Sungai Tua di Dewan Terbuka Padang Awam Batu Caves. Gombak pada 4 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.