ad
AGENDA

Gaya hidup mewah anak didedah, PM Mongolia hilang sokongan majoriti Parlimen

4 Jun 2025, 7:47 AM
Gaya hidup mewah anak didedah, PM Mongolia hilang sokongan majoriti Parlimen

MOSCOW, 4 JUN: Perdana Menteri Mongolia Luvsannamsrain Oyun-Erdene telah meletak jawatan susulan protes berminggu-minggu yang dicetuskan oleh paparan kekayaan mewah keluarganya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan akhbar "Financial Times" pada Selasa.

Menurut laporan itu, Oyun-Erdene gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Selasa apabila hanya memperoleh 44 undi daripada 64 yang diperlukan.

Peletakan jawatan itu menyusul selepas protes berterusan berikutan hantaran di media sosial yang memaparkan gaya hidup mewah anak lelakinya yang berusia 23 tahun, termasuk menaiki helikopter, memiliki beg tangan berjenama dan kereta mewah.

Berucap di Parlimen, Oyun-Erdene yang menerajui Mongolia sejak 2021, menyentuh mengenai pencapaian ekonomi, termasuk peningkatan hasil eksport dan pertumbuhan KDNK, namun mengakui beliau kurang memberi perhatian terhadap isu-isu sosial.

-BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.