ad
AGENDA

Polis sahkan insiden suami kelar isteri di Bukit Gambir

3 Jun 2025, 11:02 PM
Polis sahkan insiden suami kelar isteri di Bukit Gambir

TANGKAK, 3 JUN: Polis hari ini mengesahkan insiden seorang lelaki mengelar wanita yang dipercayai isterinya di Bukit Gambir, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dilakukan.

“Suspek telah ditahan pagi tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung kes itu dan memaklumkan bahawa kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.