ad
BERITA UTAMA

Haram vape: Negeri teliti pandangan peniaga, pihak berkepentingan

3 Jun 2025, 8:00 PM
Haram vape: Negeri teliti pandangan peniaga, pihak berkepentingan
Haram vape: Negeri teliti pandangan peniaga, pihak berkepentingan

SHAH ALAM, 3 JUN: Maklum balas pihak berkepentingan termasuk pandangan peniaga vape akan diteliti sebelum pengharaman rokok elektrik itu dikuatkuasakan.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah berkenaan bagi memastikan keputusan dibuat tidak membebankan golongan itu namun dalam masa sama tidak mengetepikan kepentingan kesihatan awam.

"Pengusaha ini juga ada pekerja dan sebagainya tapi keutamaan kita adalah kesihatan awam dan juga kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Kita bimbang ada kesan lain seperti penyalahgunaan ganja walaupun jumlahnya kecil.

"Justeru satu kawalan akan dilaksanakan dan EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaludin sedang menyiapkan kertas dan meneliti lagi kertas tersebut," kata Dato’ Seri Amirudin.

Beliau ditemui pada majlis serahan motosikal elektrik e-Bike kepada polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, hari ini.

[caption id="attachment_704174" align="alignnone" width="832"] Anggota polis mencuba motosikal elektrik ketika majlis Penyerahan E-Bike Kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Shah Alam pada 3 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini Amirudin memaklumkan cadangan melarang penjualan produk vape dan rokok elektronik di Selangor akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri akan datang.

Menurutnya, langkah ini susulan kebimbangan kesihatan yang semakin serius, termasuk laporan pelajar menghisap vape berhampiran kawasan sekolah.

Terengganu dan Johor antara negeri yang telah melaksanakan larangan penjualan vape lebih awal, dengan Terengganu mengumumkan larangan berkuatkuasa 1 Ogos ini manakala Johor sejak 2016.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melarang penjualan rokok elektronik.

Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa penjualan vape boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah sintetik jenis baharu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.