ad
BERITA UTAMA

Selangor sedia hadapi musim kemarau, kapasiti empangan utama lebih 90 peratus

3 Jun 2025, 6:30 PM
Selangor sedia hadapi musim kemarau, kapasiti empangan utama lebih 90 peratus
Selangor sedia hadapi musim kemarau, kapasiti empangan utama lebih 90 peratus

SHAH ALAM, 3 JUN: Bekalan air mentah di Selangor dijangka mencukupi sepanjang musim panas atau monsun barat daya (MBD) yang dijangka berlanjutan sehingga September ini.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim mengesahkan semua tujuh empangan utama negeri merekodkan kapasiti melebihi 90 peratus, termasuk sumber daripada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).

[caption id="attachment_697026" align="aligncenter" width="781"] EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim temu bual Bersama Media Selangor di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 16 April 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]

“Setakat ini, kapasiti semua empangan berada pada tahap baik melebihi 90 peratus. Insya-Allah, tiada masalah bekalan walaupun menghadapi musim kemarau,” katanya kepada Media Selangor.

Bulan lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yakin SJAM mampu menyediakan penyelesaian sehingga 99 peratus bagi menangani isu pencemaran air dan kemarau di Selangor.

Projek SJAM merangkumi beberapa pakej utama, antaranya pembinaan stesen pam HORAS 600 (Pakej A), stesen pam di Rantau Panjang (Pakej B), lencongan Sungai Selangor (Pakej C), serta stesen pam kolam di Semenyih.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip melaporkan MBD yang bermula 10 Mei lalu dijangka berterusan sehingga pertengahan September.

Tujuh empangan utama di Selangor adalah:

  • Empangan Sungai Selangor (Hulu Selangor)
  • Empangan Sungai Tinggi (Hulu Selangor)
  • Empangan Tasik Subang (Petaling)
  • Empangan Sungai Langat (Hulu Langat)
  • Empangan Semenyih (Hulu Langat)
  • Empangan Klang Gates (Gombak)
  • Empangan Batu (Gombak)

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.