ad
PBT

Lebih 500 peserta dari 14 negara sertai dua sukan ekstrem di Hulu Selangor

3 Jun 2025, 2:30 PM
Lebih 500 peserta dari 14 negara sertai dua sukan ekstrem di Hulu Selangor
Lebih 500 peserta dari 14 negara sertai dua sukan ekstrem di Hulu Selangor
Lebih 500 peserta dari 14 negara sertai dua sukan ekstrem di Hulu Selangor
Lebih 500 peserta dari 14 negara sertai dua sukan ekstrem di Hulu Selangor

Oleh Mohd Ramazan Samaron

HULU SELANGOR, 3 JUN: Seramai 500 peserta dari 14 negara menyertai Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) dan Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) 2025 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berlangsung tiga hari sejak 30 Mei lalu.

Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin berkata acara dengan kerjasama Pinnacle Sports bertujuan mengukuhkan kedudukan daerah ini sebagai destinasi eko-pelancongan dan sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.

[caption id="attachment_704154" align="aligncenter" width="733"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Julaihah Jamaludin berucap ketika menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah HSAC dan HSUT 2025 di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu pada 1 Jun 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]

"Setiap kali kita anjurkan program seperti ini, kita pastikan komuniti setempat turut terlibat. Laluan acara melalui kawasan perkampungan Orang Asli, dan peserta dapat berinteraksi terus dengan penduduk tempatan.

"Selain itu, industri makanan, homestay dan produk komuniti turut mendapat manfaat langsung," katanya ketika ditemui pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah HSAC dan HSUT 2025, kelmarin.

[caption id="attachment_704157" align="aligncenter" width="773"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Julaihah Jamaludin bersama ahli majlis MPHS, pengarah jabatan MPHS dan wakil wakil agensi kerajaan Hulu Selangor turut menyertai acara larian HSUT VIP 3KM pada 1 Jun 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]

MPHS turut menjalankan kaji selidik ke atas peserta bagi mengenal pasti corak perbelanjaan termasuk lokasi penginapan dan makan, sebagai asas penilaian impak ekonomi secara menyeluruh.

Menurut Julaihah, program seperti ini adalah platform strategik untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai destinasi sukan lasak dan pelancongan berasaskan alam semula jadi di peringkat antarabangsa.

[caption id="attachment_704155" align="aligncenter" width="782"] Peserta Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) 2025 menyusuri laluan mencabar sambil menikmati keindahan semula jadi dan kehijauan Kuala Kubu Bharu, bandar warisan yang sarat sejarah, pada 1 Jun 2025. Foto: Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.