ad
AGENSI

Lemang murah di Hulu Langat Khamis ini, siapa cepat dia dapat!

3 Jun 2025, 11:13 AM
Lemang murah di Hulu Langat Khamis ini, siapa cepat dia dapat!

SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 10,000 batang lemang tradisional akan dijual pada harga istimewa kepada warga Hulu Langat dan sekitarnya, Khamis ini.

Ahli parlimen Hulu Langat berkata program Langek Melomang Vaganza 2025 itu menawarkan tiga batang lemang pada harga RM20, berbanding biasa sekitar RM48.

Menurut Mohd Sany Hamzan, program sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu diadakan bermula jam 3 petang di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat, Batu 14.

“Pembelian hanya di lokasi acara, selagi stok masih ada. Siapa cepat, dia dapat. Sebarang maklumat lanjut hubungi 010-878 0857,” katanya di Facebook.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.