ad
AGENDA

Cuaca panas tiga negeri cecah 37 darjah Celsius

2 Jun 2025, 11:23 PM
Cuaca panas tiga negeri cecah 37 darjah Celsius
Cuaca panas tiga negeri cecah 37 darjah Celsius

SHAH ALAM, 2 JUN: Status cuaca panas yang melanda beberapa daerah di tiga negeri kini berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatat suhu maksimum harian hingga 37 darjah celsius tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, tiga negeri itu ialah Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu, Perak (Larut dan Matang, Kuala Kangsar serta Perak Tengah), dan Kelantan (Machang dan Kuala Krai), lapor portal Berita Harian.

Sementara itu, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pula merekodkan suhu harian kurang daripada 35 darjah celsius.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan.

Ia termasuk mengelak daripada melakukan kegiatan fizikal di bawah pancaran matahari yang terik, minum air secukupnya, dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.